Selasa, 29 November 2011

Awal Mula Internet

Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian komputer strategik tentera dimana komputer-komputer utama yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'), iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung. Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar