Selasa, 29 November 2011

Cara Internet Beroperasi

Komputer-komputer dalam Internet ini berhubung antara satu sama lain menggunakan satu bahasa piawai atau protokol yang dinamakan TCP/IP (singkatan dari 'Transmission Control  Protocol/Internetworking Protocol'). Ia merupakan satu persetujuan cara pesanan atau maklumat dihantar dan diterima supaya semua dapat memahaminya dengan pengertian yang sama.Setiap komputer dalam Internet mempunyai alamat masing-masing yang unik yang dinamakan alamat IP. Rangkaian JARING di Malaysia mempunyai alamat bermula dengan 161,142.*.*  dalam bentuk w.x.y.z dimana setiapnya nombor tertinggi adalah 255. Alamat pelayan mel kita ialah 161.142.76.3 yang mana hanya satu sahaja komputer dari berjuta yang mempunyai alamat demikian. Walaupun komputer berkomunikasi menggunakan alamat ini, ia adalah agak sukar untuk diingati oleh manusia. Lagi pula alamat ini bergantung kepada rangkaian fizikal komputer dan berkemungkinan akan berubah. Contohnya dulu pelayan mel kita pada alamat 161.142.76.1. Satu lagi jenis alamat yang lebih popular adalah alamat nama domain. Nama Domain Berkelayakan Penuh  (atau 'Fully qualified domain name FQDN') untuk pelayan mel di USMKCK adalah kb.usm.my, juga merupakan nama unik seantaro dunia. Nama domain my adalah dikhaskan untuk Malaysia dan dikendalikan oleh MIMOS, sementara USM dikhaskan untuk USM oleh MIMOS. Komputer-komputer dalam rangkain dihubungkan menggunakan 'router', 'bridge', 'hub', 'modem' dan beberapa lagi perkakasan rangkaian. Router pada  masa ini merupakan perkakasan terpenting yang mengetahui alamat-alamat IP rangkaian dan menghantar mesej-mesej ke rangkaian yang betul walaupun terpaksa melalui berpuluh router lain

Tidak ada komentar:

Posting Komentar